Monday 5 December 2011

SYED ALI CHERAS BERSUARA

Ketua UMNO Cheras, Datuk Wira Syed Ali Alhabshee, mendesak Ketua Wanita UMNO, Datuk Seri Shahrizat Jalil meletakkan jawatan untuk selamatkan UMNO.

Tidak payah lagi jadi  Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat tapi terus jadi Ketua Wanita.

Dalam blognya semalam, Syed Ali berkata jika Shahrizat meletakkan kepentingan parti melebihi kepentingan peribadi, Ketua Wanita itu perlu letak jawatan.

Tidak perlu malu. Tidak perlu bergantung kepada jawatan. Tindakan itu akan dihormati.

Ini kerana beliau kini jadi tumpuan dalam ceramah pembangkang kerana suaminya terbabit dalam NFC.

Syed Ali adalah pemimpin kedua selepas Dtk Bung Mokhtar yang mahu Shahrizat berhenti.

Apa kata Shahrizat yang kalah pada Nurul Izzah pada PRU12?

Adakah beliau akan bertanding lagi di Lembah Pantai?

Bagaimana pula dengan Dtk Raja Nong Chik?

No comments:

Post a Comment