Friday 9 December 2011

SIAPA BAKAL MB SELANGOR?

Siapa bakal menjadi Menteri Besar Selangor jika BN berjaya mengambil semula negeri itu?

Inilah persoalan yang semakin berputar di kalangan pemerhati politik sekarang.

DS Najib Razak sudah tentu tahu siapa yang beliau mahu menjadi MB kerana kapasitinya sebagai Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Selangor.

Adakah mungkin ahli politik sedia ada di Selangor seperti DS Noh Omar atau calon luar)

Oleh itu, amat menarik siapakah orang luar yang mampu menjadi winnable candidate untuk bertanding Dan seterusnya menjadi MB Selangor.

Dalam pada itu, ramai pemimpin muda UMNO di Selangor yang dikatakan bercita-cita untuk menjadi MB Selangor. Ada juga yang dikatakan selalu mengekor DS Najib ke mana saja termasuk ke luar negeri.

Thursday 8 December 2011

DAM - DAP ANTI MELAYU

ANU-war Ibrahim hendak melancarkan ABU - Asalkan Bukan UMNO/BN tidak lama lagi.

Orang yang dilahirkan oleh UMNO mahu menghancurkan parti keramat yang banyak bantu orang Melayu.

Kalau Tun Dr Mahathir Mohamad tidak angkat dia jadi Timbalan Menteri mungkin dia dalam Pas, jadi EXCO kerajaan Pas.

Kini dia dendam dengan parti yang hidupkan nyawa politiknya.

Tindakan lancar ABU pasti datang daripada pemimpin DAP, parti yang rasis.

Kita tahu dap punya perancangan untuk hancurkan Melayu dan guna ANUWAR.

Orang Melayu perlu mula melancarkan kempen "dap ANTI MELAYU" atau DAM.

Atau Melayu Anti DAM iaitu MADAM.

Tengoklah, belum perintah dah nak tukar bendera, nak kurangkan kakitangan kerajaan yang kebanyakannya Melayu.

Tak hormat Raja-Raja Melayu.

ANU-war kamu benar-benar pembelot Melayu.

Tuhan akan membalasnya. Tengoklah.

Wednesday 7 December 2011

MENTERI MAHU UNDUR DIRI?

Pada Perhimpunan Agung UMNO baru-baru ini, PM kata jika ada hendak mengundurkan diri bagilah tahu kepadanya.

Kata beliau, ada yang berjumpa beliau untuk menyatakan hasrat berundur.

Jerangkung diberitahu ada seorang Menteri dari Negeri Sembilan dikatakan menyatakan hasrat mahu memberi peluang kepada orang lain.

Menteri ini yang berkelulusan bidang kejuruteraan dikatan rapat dengan Ketua Pemuda UMNO.

Baguslah kalau mahu berhenti dan beri peluang kepada orang lain.

Barulah proses meremajakan parti boleh dilaksanakan.

JANGAN HINA ORANG MELAYU

Apa yang Tun Dr Mahathir Mohamad lakukan dulu-dulu dalam pindaan Perlembagaan berhubung raja-raja adalah satu perkara yang baik.
Sekarang ini, kita tidak dengar lagi anak raja lempang rakyat.

Tiada lagi anak raja yang buat tidak senonoh kepada rakyat. Ini kerana mereka boleh dihadapkan ke mahkamah khas.

Baru-baru ini, ada anak raja marah sangat kepada orang Melayu. Patut ke marah itu?

Teruslah baca tulisan dalam http://barkingmagpie.blogspot.com/2011/12/umno-prince-and-leeches.html mengenai anak raja Negeri Sembilan.

Monday 5 December 2011

SYED ALI CHERAS BERSUARA

Ketua UMNO Cheras, Datuk Wira Syed Ali Alhabshee, mendesak Ketua Wanita UMNO, Datuk Seri Shahrizat Jalil meletakkan jawatan untuk selamatkan UMNO.

Tidak payah lagi jadi  Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat tapi terus jadi Ketua Wanita.

Dalam blognya semalam, Syed Ali berkata jika Shahrizat meletakkan kepentingan parti melebihi kepentingan peribadi, Ketua Wanita itu perlu letak jawatan.

Tidak perlu malu. Tidak perlu bergantung kepada jawatan. Tindakan itu akan dihormati.

Ini kerana beliau kini jadi tumpuan dalam ceramah pembangkang kerana suaminya terbabit dalam NFC.

Syed Ali adalah pemimpin kedua selepas Dtk Bung Mokhtar yang mahu Shahrizat berhenti.

Apa kata Shahrizat yang kalah pada Nurul Izzah pada PRU12?

Adakah beliau akan bertanding lagi di Lembah Pantai?

Bagaimana pula dengan Dtk Raja Nong Chik?

ANNUAR MUSA BUAT HAL?

Malam tadi Astro Awani siar cerita kata Annuar Musa kata jangan heboh cakap pasal winnable candidates tetapi fikirkan winnable party.

Apa hall dia cakap macam itu? Dia nak tempelak Dato Seri Najib Razak ke?

Dalam kenyataan Presiden UMNO selama ini menyatakan ada keperluan untuk mencari winnable candidates tiba-tiba gedebe nak cakap winnable party. Apa dia tak yakin UMNO boleh menang ke? Mengapa cakap begitu?

Sepatutnya dia menyokong apa yang disebut oleh Presiden UMNO agar parti kena cari winnable candidates kerana rakyat sudah mula sokomgsokong UMNO.

Dalam pada itu, Astro Awani macam tidak dikawal dengan cerita yang memneri peluang kepada anak Kit Malam menjawab.

Siapa monitor Astro Awani? Farid Ridzwan tidak monitor ke? Kata Ada penasihat berita di pejabat Raplh Marshall? Apa nasihat penasihat ini?