Monday, 9 April 2012

DAULAT TUANKU

Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah ibni Sultan Badlishah dan Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong, Tuanku Hajjah Haminah.(FOTO RASMI)

Tuesday, 28 February 2012

BA PERLU LETAK JAWATAN

Penceramah terhebat abad ini iaitu Dr Bad perlu letak jawatan sebagai Ketua Penerangan PKR merangkap Penasihat Penerangan Pejabat Menteri Besar Selangor.

Ini kerana kesalahan yang dilakukan itu tidak bagus untuk imej PKR yang kini diselubungi dengan dakwaan dan tuduhan pemimpin mereka mempunyai sejenis tabiat yang suka kepada benda-benda yang berlendir sama ada dari depan atau belakang.

Oleh itu, Dr Badrul perlulah memikirkan kepentingan PKR daripada hanya kepentingan diri untuk memastikan PKR terus relevan dan tidak berkubur.

Dalam keadaan penasihat PKR dihentam dari depan dan belakang oleh penyokong BN, Dr Bad perlu faham bahawan beliau tidak perlu menjadi beban kepada Datuk Seri Anwar dan Datin Seri Wan Azizah.

Monday, 2 January 2012

PRU13 PADA MAC INI?

Ramai yang meramalkan PRU13 akan diadakan pada Mac ini.

Ini berdasarkan perkiraan mereka segala persiapan sudah dilaksanakan dan menunggu sehingga pemberian wang untuk rakyat miskin diselesaikan.

Ini penting untuk memastikan apa janji-janji kerajaan  BN ditunaikan demi untuk kepentingan rakyat.

Dalam pada itu, BN juga dikatakan akan menurunkan calon yang mempunyai kekuatan peribadi yang membolehkan mereka menang di kawasan yang ditandingi.

Ini termasuk YB yang pernah bertanding di kawasan berkenaan sejak beberapa penggal lalu. Namun, bagi YB yang dikatakan malas untuk turun padang, nama mereka pasti akan digugurkan.

Dua orang Menteri dari Selatan akan dikekalkan bertanding di kawasan mereka bagi memastikan kesinambungan pelaksanaan projek di bawah kementerian dapat dilaksanakan.


Friday, 9 December 2011

SIAPA BAKAL MB SELANGOR?

Siapa bakal menjadi Menteri Besar Selangor jika BN berjaya mengambil semula negeri itu?

Inilah persoalan yang semakin berputar di kalangan pemerhati politik sekarang.

DS Najib Razak sudah tentu tahu siapa yang beliau mahu menjadi MB kerana kapasitinya sebagai Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Selangor.

Adakah mungkin ahli politik sedia ada di Selangor seperti DS Noh Omar atau calon luar)

Oleh itu, amat menarik siapakah orang luar yang mampu menjadi winnable candidate untuk bertanding Dan seterusnya menjadi MB Selangor.

Dalam pada itu, ramai pemimpin muda UMNO di Selangor yang dikatakan bercita-cita untuk menjadi MB Selangor. Ada juga yang dikatakan selalu mengekor DS Najib ke mana saja termasuk ke luar negeri.

Thursday, 8 December 2011

DAM - DAP ANTI MELAYU

ANU-war Ibrahim hendak melancarkan ABU - Asalkan Bukan UMNO/BN tidak lama lagi.

Orang yang dilahirkan oleh UMNO mahu menghancurkan parti keramat yang banyak bantu orang Melayu.

Kalau Tun Dr Mahathir Mohamad tidak angkat dia jadi Timbalan Menteri mungkin dia dalam Pas, jadi EXCO kerajaan Pas.

Kini dia dendam dengan parti yang hidupkan nyawa politiknya.

Tindakan lancar ABU pasti datang daripada pemimpin DAP, parti yang rasis.

Kita tahu dap punya perancangan untuk hancurkan Melayu dan guna ANUWAR.

Orang Melayu perlu mula melancarkan kempen "dap ANTI MELAYU" atau DAM.

Atau Melayu Anti DAM iaitu MADAM.

Tengoklah, belum perintah dah nak tukar bendera, nak kurangkan kakitangan kerajaan yang kebanyakannya Melayu.

Tak hormat Raja-Raja Melayu.

ANU-war kamu benar-benar pembelot Melayu.

Tuhan akan membalasnya. Tengoklah.

Wednesday, 7 December 2011

MENTERI MAHU UNDUR DIRI?

Pada Perhimpunan Agung UMNO baru-baru ini, PM kata jika ada hendak mengundurkan diri bagilah tahu kepadanya.

Kata beliau, ada yang berjumpa beliau untuk menyatakan hasrat berundur.

Jerangkung diberitahu ada seorang Menteri dari Negeri Sembilan dikatakan menyatakan hasrat mahu memberi peluang kepada orang lain.

Menteri ini yang berkelulusan bidang kejuruteraan dikatan rapat dengan Ketua Pemuda UMNO.

Baguslah kalau mahu berhenti dan beri peluang kepada orang lain.

Barulah proses meremajakan parti boleh dilaksanakan.

JANGAN HINA ORANG MELAYU

Apa yang Tun Dr Mahathir Mohamad lakukan dulu-dulu dalam pindaan Perlembagaan berhubung raja-raja adalah satu perkara yang baik.
Sekarang ini, kita tidak dengar lagi anak raja lempang rakyat.

Tiada lagi anak raja yang buat tidak senonoh kepada rakyat. Ini kerana mereka boleh dihadapkan ke mahkamah khas.

Baru-baru ini, ada anak raja marah sangat kepada orang Melayu. Patut ke marah itu?

Teruslah baca tulisan dalam http://barkingmagpie.blogspot.com/2011/12/umno-prince-and-leeches.html mengenai anak raja Negeri Sembilan.