Monday, 2 January 2012

PRU13 PADA MAC INI?

Ramai yang meramalkan PRU13 akan diadakan pada Mac ini.

Ini berdasarkan perkiraan mereka segala persiapan sudah dilaksanakan dan menunggu sehingga pemberian wang untuk rakyat miskin diselesaikan.

Ini penting untuk memastikan apa janji-janji kerajaan  BN ditunaikan demi untuk kepentingan rakyat.

Dalam pada itu, BN juga dikatakan akan menurunkan calon yang mempunyai kekuatan peribadi yang membolehkan mereka menang di kawasan yang ditandingi.

Ini termasuk YB yang pernah bertanding di kawasan berkenaan sejak beberapa penggal lalu. Namun, bagi YB yang dikatakan malas untuk turun padang, nama mereka pasti akan digugurkan.

Dua orang Menteri dari Selatan akan dikekalkan bertanding di kawasan mereka bagi memastikan kesinambungan pelaksanaan projek di bawah kementerian dapat dilaksanakan.